Monday, September 9, 2013

petrol

1. Pencemaran udara
Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran.
Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup.
Metana (salah satu daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia.
Pembakaran di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan pengurangan jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh merebak ke kawasan berdekatan.
2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air
Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanya organik yang tidak terurai) boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang serius jika disentuh atau dihidu.
3. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan — bahan lain yang mangubah komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air tercemar daripada tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa industri seperti petroleum hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan logam berat yang lain ke dalam tanah.
1. Pencemaran udara
Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran.
Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup.
Metana (salah satu daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia.
Pembakaran di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan pengurangan jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh merebak ke kawasan berdekatan.
2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air
Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanya organik yang tidak terurai) boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang serius jika disentuh atau dihidu.
3. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan — bahan lain yang mangubah komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air tercemar daripada tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa industri seperti petroleum hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan logam berat yang lain ke dalam tanah.

kesan toksid kilang

KESAN PEMBUANGAN TOKSIK MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

Pada era globalisasi,usaha untuk memajukan serta meningkatkan taraf hidup sering dikaitkan dengan kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara.Pada masa kini,manusia sering mengabaikan tanggungjawab mereka dalam usaha menjaga alam sekitar,akibat dari ini turut memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan sesebuah negara.Alam sekitar merupakan anugerah yang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit.Kini negara sering mengalami pencemaran alam sekitar.Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan yang berpunca daripada tindakan manusia sendiri.Kesannya menyebabkan gangguan keselesaan dan gangguan kepada kehidupan individu tersebut.Takrifan yang lebih tepat,adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan secara terangcang atau tidak terangcang.Akta ini mempunyai sifat seperti fizik,kimia dan sebagainya.Keadaan ini amat berbahaya kepada kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan serta haiwan.Alam sekitar merupakan suatu anugerah yang amat bernilai terhadap setiap individu.Oleh itu,sama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar di negara kita.Malah,dalam usaha penjagaan ini,ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab dalam pembuangan  toksik.Akibat dari itu,timbulnya pelbagai kesan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Kesan pembuangan toksik terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran udara.Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar utusan pengguna pada tahun 2001,menunjukkan jumlah keluaran bahan pencemar di Malaysia di anggarkan sebanyak 933000 tan setahun.Pencemaran udara juga berlaku di sebabkan oleh kenderaan bermotor,stesen jana kuasa dan pembakaran secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Keadaan ini berlaku di sebabkan bahan-bahan berada dalam kepekatan yang tinggi,seterusnya mengganggu dan membahayakan kehidupan manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta harta benda.Bahan-bahan terdiri daripada bentuk habuk,kabus,wap dan gas.Gas-gas yang terkandung di dalamnya ialah karbon monoksida,nitrogen oksida dan sebagainya.Pembangunan dan pengurusan yang tidak terangcang boleh membawa kesan negatif serta mengancam kualiti alam sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan bermotor akan menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon.Keseluruhannya dapatlah dijelaskan bahawa pembuangan toksik  berlaku melalui industri perkilangan ,kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.Kesan dari ini juga menyebabkan berlakunya kejadiaan jerebu yang menjejaskan aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian.
Selain itu,kesan seterusnya ialah pencemaran air.Pencemaran air menyebabkan berlakunya perubahan dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap hidupan.Kesan yang akan dialami oleh manusia seperti cirit birit,muntah dan sakit perut.Pencemaran ini berlaku dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan-bahan pencemar yang menyebabkan pencemaran air ialah dalam bentuk gas,cecair dan pepejal.Pencemaran ini berlaku melalui pembuangan sisa-sisa atau bahan-bahan dari kilang ke sungai.Di samping itu,pembuangan sampah sarap ,najis turut menyebabkan pencemaran air.Sesetengah penduduk bandar atau kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak di rawat terlebih dahulu.Manakala,kilang pula turut membuang bahan beracun  ke dalam sungai.Seterusnya menyancam kehidupan akuatik seperti ikan,udang dan sebaganya.Baja dan racun perosak yang diguna oleh petani juga di  bawa oleh air hujan seterusnya mengalir masuk ke sungai.
Seterusnya,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya pencemaran laut.Masalah ini berlaku di sebabkan oleh  berlakunya tumpahan minyak dari tangki dan pelantar minyak turut merebak ke laut.Kesan daripada itu menyebabkan hidupan akuatik seperti kerang,hidupan liar turut musnah seterusnya memungkinkan habitat tersebut pupus .Selain itu ,aktiviti manusia seperti memproses serbuk mencuci pakaian serta pembuangan secara terbuka turut memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar.Sikap yang tidak bertanggungjawab telah membuta hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar .Tambahan pengusaha kilang berusaha untuk menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam laut .Walaupun meyedari kesan yang akan berlaku tetapi tidak dihiraukan oleh mereka.Selain itu mereka kurang pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Di samping itu ,pembuangan toksik turut menyebabkan berlakunya  pencemaran tanah.Pencemaran ini berlaku akibat daripada tindakan manusia,akibatnya terjadi perubahan warna,tanah kehilangn kesuburan dan hakisan .Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal .Seterusnya ,bahan pencemar terdiri daripada     bahan organik ,kimia ,atau fizik.Kehilangan kesuburan tanah akan menggangu aktiviti pertanian ,khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut .Pembuangan sampah sarap dan penggunaan racun serangga yang berlebihan turut menyebabkan pencemaran tanah .Sekiranya semua tanah tercemar ia akan menjejaskan sumber pertanian ,malah generasi akan datang tidak dapat melihat keindahan alam semula jadi.Pembangunan yang tidak terancang seperti pembalakan yang giat.pembukaan tanah secara berleluasa turut memberikan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.Akibat dari ini berlakunya perubahan iklim dan berlakunya banjir.Oleh itu, kita sebagai masyarakat haruslah menjaga dan memelihara alam sekitar.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mencapai kemajuan serta meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai aktiviti ekonomi yang telah dijalankan .Dalam kemajuan negara ini,kita tidak menyedari kesan-kesan yang berlaku terhadap alam sekitar serta turut menjejaskan kehidupan  manusia,tumbuhan dan haiwan.Akibat daripada aktiviti manusia yang membuang toksik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.Selain itu,ia turut memberi perubahan kepada iklim dunia serta meningkatkan kadar suhu dunia.Oleh itu,keadaan ini harus ditangani dengan segera agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat yang mungkin.Tambahan,ia turut menjejaskan keindahan semula jadi dan turut menjejaskan agensi pelancongan kerana pelancong tidak mahu datang melawat ke Malaysia.Seterusnya,menyebabkan negara kita Malaysia tidak di pandang oleh negara-negara lain.Dengan ini, dapat di jelaskan bahawa pembuangan toksik memberi pelbagai kesan kepadaalam sekitar.Oleh itu,sama-samalah kita memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak tercemar.

kesan toksid ptanian

Teknologi moden telah mempercepat pemodenan sektor pertanian. Akan tetapi, penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian jika tidak diurus dengan cekap akan mendatangkan  kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.
                Penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian jika tidak diurus dengan cekap akan menyebabkan kesan keracunan makanan kepada manusia. Penggunaan racun serangga pada sayur-sayuran secara berlebihan  akan menyebabkan kadar racun serangga dan bahan kimia akan terserap pada sayur-sayuran amat tinggi. Ini akan mendatangkan kesan keracunan kepada manusia jika sayur-sayuran  ini dimakan. Selain itu, semburan menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kandungan bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Kandunga bahan kimia ini akan menyebabkan keracunan ataupun kesan sampingan kepada manusia.
                Penggunaan bahan kimia yang tidak diurus  dengan cekap dalam sektor pertanian juga menyebabkan gangguan kesihatan. Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan pembesaran tumbuh-tumbuhan jika tidak dinyahtoksidkan sebelum dijual akan menyebabkan bahan kimia yang terserap berpotensi untuk mengaktifkan  kuman kanser dalam tubuh manusia. Begitu juga dengan agen penggalak berasaskan bahan kimia untuk tumbesaran buah-buahan  jika kandungan penggunaannya tidak dikawal boleh mendatangkan komplikasi kepada saraf dan sistem badan manusia.
                Selain mendatangkan kemudaratan kepada manusia, penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian jugaboleh memudaratkan alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai atau parit. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia.
Pengurusan sisa kimia yang tidak cekap juga akan mencemarkan udara. Semburan debu kimia dan racun cecair di dalam kawasan pertanian yang berskala besar secara kerap akan menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan  semua hidupan sekiranya hujan asid kerap berlaku.
 Kesimpulannya, bahan kimia jika tidak diurus dengan cekap amat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

Sunday, September 8, 2013

sains f4

kesan pbakaran bahan api fosil


Pembakaran bahan api fosil, terutama arang batu, adalah satu proses kotor. Pembakaran lengkap arang batu dan minyak menghasilkan bahan zarahan. Zarah yang lebih berat menghasilkan kersik kotor menjengkelkan, dan zarah ringan boleh dihidu mendalam dan menjadi bahaya kesihatan. Di samping pembakaran yang dikehendaki molekul organik, kekotoran seperti sulfur juga membakar dan menghasilkan oksida berbahaya. Sejak udara diperbuat daripada 80% nitrogen, nitrogen dibakar bersama-sama dengan bahan api pada suhu yang tinggi, melepaskan oksida oksida. Sejak bahan api fosil yang terdiri terutamanya daripada karbon dengan berat badan, semua bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida apabila dibakar. Dalam suasana, oksida sulfur dan oksida menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik, masing-masing, yang boleh membawa kepada hujan asid. Karbon dioksida membantu memerangkap haba di atmosfera - menyumbang kepada pemanasan potensi bumi. Dalam kuliah-perbincangan kita akan mengkaji kesan alam sekitar tempatan, serantau dan global utama yang membakar bahan api fosil. Ini adalah masing-masing zarah, hujan kabut dan asid, dan pemanasan global. Kepentingan zarah telah lama diakui, dan particlulate pelepasan langkah-langkah kawalan utama telah dilancarkan di banyak negara. Bukti hujan asid adalah sedia ada, dan kesan-kesan daripada kesan ke atas hutan dan tasik untuk runtuh struktur Yunani purba telah mengesahkan kehadirannya, tetapi kepentingan alam sekitar / ekonomi keseluruhan kekal sebagai perkara kontroversi. Ia kini diterima secara meluas bahawa aktiviti manusia telah menyumbang kepada trend pemanasan global purata ketara dalam abad kedua puluh. Walau bagaimanapun, terdapat kesan perbezaan ini trend global ke atas iklim serantau, pertanian, kerosakan ribut, dan kesan yang lain di bahagian-bahagian yang berlainan di dunia. Ini merumitkan kedua-dua penilaian kesan global pelepasan atmosfera dan rundingan antarabangsa ke atas perubahan yang diperlukan dalam penggunaan bahan api fosil.

kesan sisa industri toksid