Monday, September 9, 2013

kesan toksid ptanian

Teknologi moden telah mempercepat pemodenan sektor pertanian. Akan tetapi, penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian jika tidak diurus dengan cekap akan mendatangkan  kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.
                Penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian jika tidak diurus dengan cekap akan menyebabkan kesan keracunan makanan kepada manusia. Penggunaan racun serangga pada sayur-sayuran secara berlebihan  akan menyebabkan kadar racun serangga dan bahan kimia akan terserap pada sayur-sayuran amat tinggi. Ini akan mendatangkan kesan keracunan kepada manusia jika sayur-sayuran  ini dimakan. Selain itu, semburan menggunakan bahan kimia bagi mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kandungan bahan kimia sentiasa bertambah pada hasil pertanian. Kandunga bahan kimia ini akan menyebabkan keracunan ataupun kesan sampingan kepada manusia.
                Penggunaan bahan kimia yang tidak diurus  dengan cekap dalam sektor pertanian juga menyebabkan gangguan kesihatan. Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan pembesaran tumbuh-tumbuhan jika tidak dinyahtoksidkan sebelum dijual akan menyebabkan bahan kimia yang terserap berpotensi untuk mengaktifkan  kuman kanser dalam tubuh manusia. Begitu juga dengan agen penggalak berasaskan bahan kimia untuk tumbesaran buah-buahan  jika kandungan penggunaannya tidak dikawal boleh mendatangkan komplikasi kepada saraf dan sistem badan manusia.
                Selain mendatangkan kemudaratan kepada manusia, penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian jugaboleh memudaratkan alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai atau parit. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia.
Pengurusan sisa kimia yang tidak cekap juga akan mencemarkan udara. Semburan debu kimia dan racun cecair di dalam kawasan pertanian yang berskala besar secara kerap akan menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan  semua hidupan sekiranya hujan asid kerap berlaku.
 Kesimpulannya, bahan kimia jika tidak diurus dengan cekap amat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment